? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 31, 2009

Penubuhan kadet polis diraja malaysia

Penubuhan PKP di sekolah- sekolah adalah dirujuk mengikut ordinan No,2( kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 Akta Polis 1967.Kaedah-kaedah Penubuhan Pasukan Kadet Polis Diraja 1969 bertarikh 20 november 1969 seperti berikut;

1.Permohonan Untuk Penubuhan Kadet Polis;
Sesuatu permohonan untuk menubuhkan satu PKP dimana-mana sekolah hendaklah dibuat oleh pengetua sekolah itu kepada Pegawai Memerintah melalui Jabatan Pendidikan Negeri mengikut Borang Jadual Pertama(kaedah5)

2.Permohonan Untuk Pendaftaran Anggota PKP;
Permohonan untuk anggota PKP hendaklah dibuat melalui Borang Jadual Kedua(peraturan6)kepada Pegawai Memerintah/Ibu Pejabat Daerah melalui Komander Kompeni

3.Permohonan Menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis
Setiap permohonan menjadi Pegawai Kadet Polis hendaklak mengisi Borang Jadul Ketiga(kaedah 7)kepada Ketua Polis Negara melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis Kontijen.

4.Kelayakan Untuk Pendaftaran;
Pendaftaran sebagai anggota PKP adalah tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu.
Kelayakan untuk memohon memasuki PasukanKadet Polis mengikut Akta Polis 1967 adalah seperti berikut;
a)Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan yang berumur antara 14 hingga 21 tahun boleh memohon menjadi anggota kadet.
b)Guru-guru yang berumur diantara 21 hingga 50 tahun boleh memohon menjadi Pegawai Kanan Kadet
c)Mana-mana orang di antara umur 21 hingga 50 tahun yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri boleh diambil sebagai Pegawai Kanan Kadet
d)Angota-anggota daripada Pasukan Bersenjata,Pasukan Kadet yang sedia ada,Pengakap,Pandu Puteri,St.JOhns,Bulan Sabit Merah atau sebarang badan-badan lain,atau unit lain,tidak dibenarkan menjadi ahli Pasukan Kadet Polis.
e)Semua ahli lelaki mestilah berukuran4 kaki 6 inci tinggi atau lebih.
f)Semua ahli wanita mestilah berukuran 4 kaki 3 inci tinggi atau lebih.

5.Akuan
Semua pelajar yang mendaftar sebagai anggota PKP hendaklah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Taat Setia dalam Jadual Keempat(kaedah9).

6.Mewakilkan Kuasa-kuasa;
Pegawai Memerintah boleh mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Polis, 1967 kepada mana-mana pegawai-pegawai lain dalam Pasukan PDRM untuk menjalankan kewajipan-kewajipannya untuk menubuhkan dan menguruskan PKP.

7.Pemeriksaan Doktor/Pegawai Perubatan
i)Pemohon-pemohon untuk pendaftaran PKP adalah dikehendaki hadir dihadapan satu jawatankuasa yang terdiri daripada tiga pegawai yang telah dilantik oleh Pegawai Memerintah dan setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan mereka oleh Doktor/Pegawai Perubatan yang bertauliah
ii)Seseorang pemohon yang layak diterima memasuki PKP setelah diperiksa oleh Doktor/Pegawai Perubatan boleh didaftarkan dalamPKP dan mana-mana anggota yang tidak menjaga tahap kesihatannya,pada bila-bila masa hendaklah diberhentikan

8.Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan
Apabila didaftarkan,seseorang anggota PKP hendaklah bekhidmat dalam tempoh percubaan selama dua bulan dan pada akhir tempoh itu ia boleh diperiksa apa-apa juga sebagaimana yang ditetapkan oleh Pegawai Memerintahnya.Jika keputusan pemeriksaan itu mendapati ia tidak layak untuk terus menjadi anggota PKP,maka ia hendaklah diberhentikan

0 comments: