? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 6, 2009

lambang kadet polis

Monday, August 3, 2009

YouTube - kadet oplis

YouTube - kadet oplis

LAGU KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA

MAJULAH KADET
Menyahut seruan negaraku
Negara yang tercinta
Kami bersatu bergerak maju
Berkhidmat kepada semua
Pasukan kadet polis Diraja
Membuktikan jasanya
Taat setia menurut arahan
Walau diri terkorban
Satu pandangan satu tujuan
Aman sentosa untuk semua
Tidak kenal............Putus asa
Sentiasa berusaha
Sekahtera bangsaku Malaysia
Serumpun bangsa mulia
Tegas menegakkan keadilan
Hingga zaman-berzaman

Rukun Negara

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
Hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat,memelihara satu cara hidup demokratik
Mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak,membina satu masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
MAKA KAMI,rakyat Malaysia,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Objektif

1.Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang

2.Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara dalam hal ehwal keselamatan

3.Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek

4.Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan

Tujuan

# Tujuan PKP ialah untuk memupuk kesedaran sivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggugjawab mereka kepada masyarakat bagi memelihara undang-undang dan menjaga ketenteraman awam dalam membantu untuk mengeratkan hubungan diantara anggota polis dengan masyarakat #

Matlamat

*Matlamat penubuhan PKP adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para remaja melalui aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri,membina semangat kerjasama dan patriotik disamping memberi pendedahan dan kefahaman melalui tugas-tugas kepolisian dan penguatkuasaan undang-undang adalah untuk kepentingan masyarakat*

Tugas dan tanggungjawab AJk

a)Pengerusi
-mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
-mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa
-meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diambil dalam mesyuarat telah diambil tindakan
-membincang dan merancang aktiviti tahunan
-memastikan aktiviti berjalan dengan lancar

b)Naib Pengerusi
-Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya
-Meggantikan pengerusi dalam mengendalikan mana-mana mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir

c)Setiausaha
-mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada anggota kadet
-menyediakan laporan kepada guru penasihat
-menjemput anggota kadet menghadiri mesyuarat
-bertanggungjawab terhadap pengerusi dan platun komander

d)Penolong setiausaha
-Membantu setiausaha menjalankan tugas

e)Bendahari
-mengutip yuran dengan persetujuan dan pengetahuan pentadbir sekolah
-mengutip sebarang kutipan yuran yang dikenakan untuk sebarang aktiviti pasukan hendaklah dengan persetujuan pentadbir sekolah
-kutipan mestilah dibuat selepas menerima mandat daripada pihak sekolah

Kutipan wang

i)Kutipan yuran dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti pasukan yang melibatkan anggota kadet

ii)Pasukan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain daripada mana-mana pihak melalui sekolah

Mesyuarat

1.Mesyuarat tahunan diadakan mengikut takwim sekolah atau pada satu yang telah ditetapkan oleh AJK dan Platun Komander.

2.Mesyuarat jawatankuasa dilakukannya sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali atau bila-bila masa yang difikirkan perlu.

3.Mesyuarat AJK atau mesyuarat tahunan hanya sah apabila 2/3 ahli hadir ke mesyuarat tersebut.

4.Semua mesyuarat hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya seorang Platun Komander atau Guru Pembantunya.

5.Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan pada bila-bila masa yang telah ditetapkan oleh Platun Komander adalah wajib bagi setiap anggota kadet kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan dan mestilah secara bertulis.

6.Pengumuman panggilan mesyurat mestilah diedarkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum mesyuarat berlangsung.

7.Setiap ahli kadet mestilah mematuhi segala peraturan atau undang-undang mesyuarat supaya ianya dapat berjalan dengan licin dan teratur.

Friday, July 31, 2009

Aktiviti

1.Aktiviti hendaklah mengikut jadual yang telah dirancang dan diatur oleh badan induk

2.Aktiviti dijalankan mestilah mendapat kebenaran ibu bapa serta kelulusan daripada pihak sekolah

3.Setiap aktiviti mestilah tidak bertentangan denan dasar sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia

4.Setiap aktiviti disertai oleh sekurag-kurangnya Platun Komander atau Guru Pembantu yang dipersetujui oleh pihak sekolah

5.Bagi aktiviti yang melibatkan ahli kadet wanita seorang guru perempuan wajib hadir bersama

6.Setiap aktiviti mestilah tertakhluk kepada syarat Jabatan Kementerian/Pendidikan

7.Setiap aktiviti mestilah direkodkan serta disahkan oleh pentadbir sekolah.

Latarbelakang

1. Atas arahan MAGERAN,Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan menubuhkan PKP di bawah Seksyen 68 akta tersebut.Sehubungan itu sebanyak 36 platun PKP tekah ditubuhkan pada 2 MAC 1970

2. Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum di sekolah menengah sebagaimana yang telah ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No,2 (kuasa-kuasa perlu)Darurat 1969,P,K(a)487 bertarikh 20 November 1969 yang dilaraskan oleh PDRM

3.Memandangkan keberkesanannya,maka PKP telah diperbesarkan kepada 204 platun pada tahun 1992 dan kepada 579 platunpada tahun 1996 di seluruh negara.Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pendidikan yang berkehendakan semus pelajar sekolah menjadi ahli unit beruniform.Di negeri Pulau Pinang,sejumlah 30 buah platun telah ditubuhkan sehingga tahun 2000

Penubuhan kadet polis diraja malaysia

Penubuhan PKP di sekolah- sekolah adalah dirujuk mengikut ordinan No,2( kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 Akta Polis 1967.Kaedah-kaedah Penubuhan Pasukan Kadet Polis Diraja 1969 bertarikh 20 november 1969 seperti berikut;

1.Permohonan Untuk Penubuhan Kadet Polis;
Sesuatu permohonan untuk menubuhkan satu PKP dimana-mana sekolah hendaklah dibuat oleh pengetua sekolah itu kepada Pegawai Memerintah melalui Jabatan Pendidikan Negeri mengikut Borang Jadual Pertama(kaedah5)

2.Permohonan Untuk Pendaftaran Anggota PKP;
Permohonan untuk anggota PKP hendaklah dibuat melalui Borang Jadual Kedua(peraturan6)kepada Pegawai Memerintah/Ibu Pejabat Daerah melalui Komander Kompeni

3.Permohonan Menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis
Setiap permohonan menjadi Pegawai Kadet Polis hendaklak mengisi Borang Jadul Ketiga(kaedah 7)kepada Ketua Polis Negara melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis Kontijen.

4.Kelayakan Untuk Pendaftaran;
Pendaftaran sebagai anggota PKP adalah tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu.
Kelayakan untuk memohon memasuki PasukanKadet Polis mengikut Akta Polis 1967 adalah seperti berikut;
a)Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan yang berumur antara 14 hingga 21 tahun boleh memohon menjadi anggota kadet.
b)Guru-guru yang berumur diantara 21 hingga 50 tahun boleh memohon menjadi Pegawai Kanan Kadet
c)Mana-mana orang di antara umur 21 hingga 50 tahun yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri boleh diambil sebagai Pegawai Kanan Kadet
d)Angota-anggota daripada Pasukan Bersenjata,Pasukan Kadet yang sedia ada,Pengakap,Pandu Puteri,St.JOhns,Bulan Sabit Merah atau sebarang badan-badan lain,atau unit lain,tidak dibenarkan menjadi ahli Pasukan Kadet Polis.
e)Semua ahli lelaki mestilah berukuran4 kaki 6 inci tinggi atau lebih.
f)Semua ahli wanita mestilah berukuran 4 kaki 3 inci tinggi atau lebih.

5.Akuan
Semua pelajar yang mendaftar sebagai anggota PKP hendaklah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Taat Setia dalam Jadual Keempat(kaedah9).

6.Mewakilkan Kuasa-kuasa;
Pegawai Memerintah boleh mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Polis, 1967 kepada mana-mana pegawai-pegawai lain dalam Pasukan PDRM untuk menjalankan kewajipan-kewajipannya untuk menubuhkan dan menguruskan PKP.

7.Pemeriksaan Doktor/Pegawai Perubatan
i)Pemohon-pemohon untuk pendaftaran PKP adalah dikehendaki hadir dihadapan satu jawatankuasa yang terdiri daripada tiga pegawai yang telah dilantik oleh Pegawai Memerintah dan setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan mereka oleh Doktor/Pegawai Perubatan yang bertauliah
ii)Seseorang pemohon yang layak diterima memasuki PKP setelah diperiksa oleh Doktor/Pegawai Perubatan boleh didaftarkan dalamPKP dan mana-mana anggota yang tidak menjaga tahap kesihatannya,pada bila-bila masa hendaklah diberhentikan

8.Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan
Apabila didaftarkan,seseorang anggota PKP hendaklah bekhidmat dalam tempoh percubaan selama dua bulan dan pada akhir tempoh itu ia boleh diperiksa apa-apa juga sebagaimana yang ditetapkan oleh Pegawai Memerintahnya.Jika keputusan pemeriksaan itu mendapati ia tidak layak untuk terus menjadi anggota PKP,maka ia hendaklah diberhentikan

Friday, July 3, 2009



ORGANISASI KADET POLIS

Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun,seorang sarjan kadet sebagai sarjan platun,tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet..

Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai ketua k0mpeni,seorang Inspektor kadet sebagai Penolong Komander kompeni ,empat orang Inspektor kadet sebagai Komander Platun,seorang Sub Inspektorkadet sebagai Sab-Inspektor kompeni,seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni,empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun,dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang aggota kadet..

Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkan penubuhan satu kompeni dan seterusnya.


AKTA PENUBUHAN

Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut..


TUJUAN

Tujuan Penubuhan Pasukan Kadet POlis ialah untuk memupuk kesedaran sivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat bagi memelihara undang- undang dan menjaga ketenteraman awam dalam membantu untuk mengeratkatkan hubugan harmoni di antara polis dan masyarakat..


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahtaraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukug cita-cita
Hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat;
memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta masyarakat yang adil dan saksama;Menjanin satu cara yang libertal terhadap tradusi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat yag progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI,rakyat Malaysia,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

OBJEKTIF

1.Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.

2.Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara dalam hal-hal keselamatan.

3.Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.

4.Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.

PASUKAN KADET POLIS

PENDAHULUAN

Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan pasukan Padet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang di perintah oleh YB Menteri Dalam Negeri.

Pasukan kadet polis terdiri daripada:



  • Pegawai Kanan PKP

  • Pegawai Pangkat Rendah PKP

  • Anggota PKP

Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah sahaja dan di bahagikan kepada;



  • PKP Lelaki

  • PKP Wanita

Carta Organisasi Kadet Polis Smkp



PENAUNG : PN. NORMALA BINTI ABU BAKAR


PENASIHAT : EN. MIMI NOOR AZAM B HJ RAMLI


EN. FARIZA B HUSSEI


PENGERUSI : THIRUMURUGAH PERASHADAN


NAIB PENGERUSI : MOHD NAJIB B PADZLAN


SETIAUSAHA : MOHD AZAM B HASNAN


BENDAHARI : MOHD IZWAN B ALI