? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 6, 2009

lambang kadet polis

Monday, August 3, 2009

YouTube - kadet oplis

YouTube - kadet oplis

LAGU KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA

MAJULAH KADET
Menyahut seruan negaraku
Negara yang tercinta
Kami bersatu bergerak maju
Berkhidmat kepada semua
Pasukan kadet polis Diraja
Membuktikan jasanya
Taat setia menurut arahan
Walau diri terkorban
Satu pandangan satu tujuan
Aman sentosa untuk semua
Tidak kenal............Putus asa
Sentiasa berusaha
Sekahtera bangsaku Malaysia
Serumpun bangsa mulia
Tegas menegakkan keadilan
Hingga zaman-berzaman

Rukun Negara

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
Hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat,memelihara satu cara hidup demokratik
Mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak,membina satu masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
MAKA KAMI,rakyat Malaysia,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Objektif

1.Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang

2.Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara dalam hal ehwal keselamatan

3.Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek

4.Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan

Tujuan

# Tujuan PKP ialah untuk memupuk kesedaran sivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggugjawab mereka kepada masyarakat bagi memelihara undang-undang dan menjaga ketenteraman awam dalam membantu untuk mengeratkan hubungan diantara anggota polis dengan masyarakat #

Matlamat

*Matlamat penubuhan PKP adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para remaja melalui aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri,membina semangat kerjasama dan patriotik disamping memberi pendedahan dan kefahaman melalui tugas-tugas kepolisian dan penguatkuasaan undang-undang adalah untuk kepentingan masyarakat*

Tugas dan tanggungjawab AJk

a)Pengerusi
-mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
-mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa
-meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diambil dalam mesyuarat telah diambil tindakan
-membincang dan merancang aktiviti tahunan
-memastikan aktiviti berjalan dengan lancar

b)Naib Pengerusi
-Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya
-Meggantikan pengerusi dalam mengendalikan mana-mana mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir

c)Setiausaha
-mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada anggota kadet
-menyediakan laporan kepada guru penasihat
-menjemput anggota kadet menghadiri mesyuarat
-bertanggungjawab terhadap pengerusi dan platun komander

d)Penolong setiausaha
-Membantu setiausaha menjalankan tugas

e)Bendahari
-mengutip yuran dengan persetujuan dan pengetahuan pentadbir sekolah
-mengutip sebarang kutipan yuran yang dikenakan untuk sebarang aktiviti pasukan hendaklah dengan persetujuan pentadbir sekolah
-kutipan mestilah dibuat selepas menerima mandat daripada pihak sekolah

Kutipan wang

i)Kutipan yuran dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti pasukan yang melibatkan anggota kadet

ii)Pasukan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain daripada mana-mana pihak melalui sekolah

Mesyuarat

1.Mesyuarat tahunan diadakan mengikut takwim sekolah atau pada satu yang telah ditetapkan oleh AJK dan Platun Komander.

2.Mesyuarat jawatankuasa dilakukannya sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali atau bila-bila masa yang difikirkan perlu.

3.Mesyuarat AJK atau mesyuarat tahunan hanya sah apabila 2/3 ahli hadir ke mesyuarat tersebut.

4.Semua mesyuarat hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya seorang Platun Komander atau Guru Pembantunya.

5.Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan pada bila-bila masa yang telah ditetapkan oleh Platun Komander adalah wajib bagi setiap anggota kadet kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan dan mestilah secara bertulis.

6.Pengumuman panggilan mesyurat mestilah diedarkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum mesyuarat berlangsung.

7.Setiap ahli kadet mestilah mematuhi segala peraturan atau undang-undang mesyuarat supaya ianya dapat berjalan dengan licin dan teratur.